
Pulau Gemia merupakan pulau
persendirian dan terletak hanya 800 meter dari Pulau Kapas. Seperti Pulau
Kapas, perjalanan menaiki bot dari Jeti Marang mengambil masa 15-30 minit.
Biasanya pelancong yang pergi ke Pulau Kapas akan turut berkunjung ke Pulau
Gemia.

Aktiviti yang boleh dilakukan
pelancong di Pulau Gemia ini hampir sama dengan aktiviti di Pulau Kapas seperti
selam skuba, snorkel, berenang, menyelam, mandi-manda dan memancing.
Oleh kerana pulau ini baru dan
bersaiz kecil, ia kurang dikenali pelancong berbanding Pulau Kapas. Suasana di
Pulau Gemia agak tenang, sesuai bagi mereka yang inginkan kedamaian dan melihat
haiwan hidupan liar. Bagi pengunjung yang bernasib baik akan dapat melihat
penyu bertelur di Pulau Gemia ini.

Sekiranya anda ingin ke Pulau
Gemia dengan pengangkutan awam dari Kuala Terengganu, anda perlu menaiki bas
atau teksi dari hentian bas atau teksi di Kuala Terengganu ke Marang. Dari Jeti
Marang, anda boleh menaiki bot biasa atau bot laju untuk ke Pulau Gemia.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu
Tel: 09-6221433, 09-6221893
No comments:
Post a Comment