Pulau Kapas di Terengganu merupakan sebuah
pulau yang amat terkenal di kalangan pelancong tempatan dan juga pelancong
asing. Jarak Pulau kapas dari pinggir Pantai Marang ialah 6 km.Perjalanan dengan bot ke Pulau Kapas mengambil masa antara 15 hingga 30 minit dari Jeti Marang. Bandar Marang terletak kira-kira 18 km dari Bandar Kuala Terengganu.
Antara aktiviti utama di Pulau
Kapas ialah Snorkel. Selain itu, pengunjung juga boleh menyelam, berenang,
luncur papan air, berkayak, bersiar-siar menaiki bot dan memancing.Pelbagai jenis batu karang & spesies hidupan laut yang terdapat di Pulau Kapas menjadikannya destinasi pilihan bagi peminat aktiviti selam skuba dan snorkel.
Keindahan Pulau Kapas dengan
kejernihan air dan pasir yang memutih menjadikannya destinasi pelancongan yang
amat popular di Terengganu. Waktu yang sesuai untuk melancong ke sini ialah
dari April hingga Oktober.
Bagi pelancong yang ingin
bermalam di Pulau Kapas, terdapat banyak hotel, resort dan chalet, tetapi
pelawat disarankan menempahnya sebagai sebahagian dari pakej percutian yang
merangkumi makanan, sesi menyelam dan tempat penginapan.
Bagi mereka yang cintakan keindahan alam semulajadi, jadikan Pulau Kapas destinasi pilihan anda.
Bagi mereka yang cintakan keindahan alam semulajadi, jadikan Pulau Kapas destinasi pilihan anda.

No comments:
Post a Comment