Pulau Redang terletak kira-kira 45 km
dari Bandar Kuala Terengganu dan merupakan antara pulau yang tercantik di
Malaysia. Taman Laut Pulau Redang terdiri dari sembilan buah pulau iaitu Pulau
Redang, Pulau Pinang, Pulau Ling, Pulau Lima, Pulau Ekor Tebu, Pulau Kerengga
Besar, Pulau Kerengga Kecil, Pulau Paku Besar dan Pulau Paku Kecil. Dari
sembilan buah pulau ini, Pulau Redang ialah pulau yang terbesar.
Taman Laut adalah kawasan perairan
laut yang dizonkan sejauh dua batu nautika dari tikas (tanda paras air di
pantai) air surut terendah dengan tujuan melindungi dan memelihara pelbagai
habitat dan hidupan marin akuatik.
Taman Laut Pulau Redang bukan sahaja
dianugerahkan keindahan alam semulajadi, malah pelbagai kemudahan turut
disediakan untuk pengunjung seperti bilik mandi, tandas dan tempat berkelah.
Taman Laut Pulau Redang menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung
seperti snorkel, selam skuba, berkelah, berkhemah, memancing, menaiki bot,
berenang, merentas denai hutan, memanjat bukit, memerhati burung, meninjau
hidupan liar dan mengambil gambar di darat dan dasar laut.
Taman Laut Pulau Redang yang di bawah jagaan Jabatan Taman Laut Malaysia ialah kawasan yang dilindungi. Ini bertujuan untuk melindungi dan memelihara kehidupan laut untuk generasi akan datang. Pelancong yang berkunjung ke sini tidak dibenarkan membawa keluar semua jenis hidupan laut dari Taman Laut Pulau Redang ini.

Aktiviti snorkel dan selam skuba ialah
cara terbaik untuk memerhati dan menikmati terumbu batu karang di Pulau Redang.
Kawasan perairan di Taman laut Pulau Redang ini nerupakan salah satu tempat
menyelam yang paling menarik dan menakjubkan. Jarak penglihatan adalah sangat
baik hampir sepanjang tahun. Peralatan untuk aktiviti ini boleh disewa dari
kedai berhampiran.
Di Pulau Redang terdapat beberapa lokasi menarik untuk aktiviti perkhemahan. Anda boleh melakukan aktiviti perkhemahan di Teluk Dalam, Pasir Teluk Kalong, Pasir Panjang, Pasir Mak Simpan, Pasir Mat Kepit dan Pasir Chagar Hutang.

Pulau Redang juga mempunyai dua buah
pantai yang cantik iaitu Pantai Pasir Panjang dan Pantai Teluk Dalam Kecil. Di
Pantai Teluk Dalam Kecil ini ialah lokasi Berjaya Redang Beach Resort, sebuah
hotel bertaraf lima bintang.
Pelancong yang gemarkan aktiviti
pengembaraan boleh menyewa bot dengan kadar harga yang berpatutan untuk lawatan
ke pulau-pulau berhampiran. Anda boleh melihat pembentukan batuan dan hutan
hujan yang meliputi sebahagian besar pulau. Anda juga boleh mengembara dengan
berjalan kakisambil memerhati burung, melihat penyu dan tumbuh-tumbuhan. Di
kawasan Taman Laut Pulau Redang iaitu di Pulau Pinang, pengunjung boleh
mendapatkan segala bantuan dan maklumat yang anda perlu untuk menjadikan
percutian anda suatu pengalaman menyeronokkan.
Maklumat yang disediakan ialah dalam
bentuk pameran, peta, risalah, tayangan video dan ceramah. Anda akan mendapat
informasi berguna terutama mengenai denai-denai dan kawasan-kawasan yang
sentiasa menjadi tumpuan pelancong di pulau ini.
Penginapan
Untuk tempat penginapan, anda boleh menginap di Pulau Redang atau di tanah besar di sekitar Kuala Terengganu atau Merang. Sila rujuk di sini. Antara hotel yang terdapat di Pulau Redang ialah Laguna Redang Resort dan Berjaya Redang Resort.

Bagaimana Untuk Ke Pulau Redang
Untuk ke Pulau Redang, anda boleh
menaiki bot dari Jeti Merang yang mengambil masa 45 minit perjalanan atau dari
Jeti Taman Shahbandar, Kuala Terengganu yang mengambil masa 1 jam. Anda juga
boleh menaiki penerbangan terus ke Pulau Redang melalui Syarikat Penerbangan Berjaya Air.
Untuk
maklumat lanjut, sila hubungi :
Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu
Tel: 09-6221433, 09-6221893
Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu
Tel: 09-6221433, 09-6221893
Jabatan Taman Laut Negeri Terengganu
No. 16, Blok B, Bestari Centre Jalan Hiliran,
Pulau Kambing, 20300 Kuala Terengganu,
Terengganu.
Tel : 09-6312062
Faks: 09-6227266
Pusat Taman Laut Pulau Redang
Pulau Redang,
21080 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
Laman Web: Jabatan Taman Laut Malaysia
Emel: utlterengganu@nre.gov.my
No comments:
Post a Comment