Pulau Tenggol terletak di Laut
Cina Selatan berdekatan Dungun, Terengganu. Ia adalah sebuah pulau di pesisir pantai
Terengganu yang cukup istimewa untuk dikunjungi. Jika diperhatikan, Pulau
Tenggol ini mempunyai satu kawasan sahaja yang berpantai iaitu bahagian yang
menghadap Tanah Besar. Selain dari itu hanya tebing batu.
Pulau Tenggol terdiri dari beberapa buah pulau kecil yang menjadi syurga penyelam skuba untuk melihat kehidupan marin dengan dekat. Seperti juga Pulau Redang, Pulau Tenggol ialah sebuah Taman Marin yang diwartakan. Selaman skuba dan snorkeling ialah antara aktiviti utama di Pulau Tenggol.
Antara hidupan laut yang boleh dilihat di Pulau Tenggol ialah Karang Lembut (soft coral), Nudibranch, Seaweed, Batfish, Penyu Laut, Napoleon Wrash, Clownfish (Nemo fish) dan Jerung Paus. Tempat-tempat selaman yang mesti dilawati sekiranya anda ke Pulau Tenggol ialah Teluk Air Tawar, Rajawali, Tokong Batu, Tokong Timur dan Tanjung Gemuk.
Bagaimana
nak ke sini?
Dari jeti Kuala Dungun, anda perlu menyewa bot laju
untuk sampai ke Pulau Tenggol Perjalanan dengan bot laju mengambil masa 40
minit. Sekiranya anda ke sana dengan bot nelayan biasa, perjalanan akan
mengambil masa kira-kira 2 jam. Elakkan datang ke sini dari bulan November hingga March kerana Musim Tengkujuh
yang melanda Pantai Timur. Di waktu ini, tiada aktiviti sukan air dan
sesetengah resort mungkin ditutup.
No comments:
Post a Comment